8 MAC 2026, KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Awam Komuniti Cina (PSCC) dan Persatuan Fui Chiu Wilayah Persekutuan dan Selangor telah penganjuran 'Sesi Perkongsian Kerjaya Penjawat Awam 2026 (PTD)' yang Bangunan Wisma Fui Chiu. Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha berterusan untuk memperkasa belia dan calon yang berminat dalam kerjaya Perkhidmatan Awam, khususnya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Turut hadir bersama ialah Tuan Chan Ming Kai, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Datuk Lim Eng Hock, Pemasihat Kanan PSCC, ACP (B) Puan Lai Li Ching, Presiden PSCC, Datuk Lee Sin Choy, Pengerusi Persatuan Fui Chiu WP dan Selangor dan ahli-ahli jawatankuasa persatuan masing-masing. Seramai 200 peserta telah menghadiri sesi ini secara fizikal dan atas talian.
Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta tentang peranan, tanggungjawab, dan laluan kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di pelbagai kementerian dan agensi, menawarkan panduan praktikal dan tips persediaan kepada calon-calon yang berminat untuk menghadapi proses temu duga dan penilaian kemasukan PTD dan mewujudkan platform jaringan antara calon-calon berpotensi dengan PTD yang berpengalaman untuk perkongsian ilmu dan inspirasi.
Sesi ini diharapkan akan menyumbang kepada usaha menarik bakat terbaik untuk menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia, memastikan tadbir urus negara yang cekap dan berintegriti. Kerjasama strategik antara PSCC dan Persatuan Fui Chiu WP dan Selangor dapat diteruskan pada masa hadapan untuk menyokong program pembangunan kerjaya lain.