
Activity Coming Soon 3
April 7, 2026
Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Awam Komuniti Cina Malaysia (PSCC) Meraikan Kepimpinan Baharu dan Pembukaan Pejabat Strategik di Bangunan TRX
Julai 17, 202627 JUN 2026, KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Awam Komuniti Cina Malaysia (PSCC) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026 dengan menggariskan hala tuju strategik bagi memperkasa penjawat awam serta menyumbang kepada pembangunan negara.
Penasihat Kanan PSCC, Dato' Dr. Tan Yew Chong, menekankan bahawa PSCC kini beralih daripada sekadar persatuan kebajikan kepada komuniti profesional yang berimpak tinggi. Beliau menggariskan empat aspirasi strategik utama untuk masa depan organisasi:
- Pengukuhan Profesionalisme: Menjadikan PSCC platform pembangunan bakat, kepimpinan, dan integriti.
- Jambatan Strategik: Membina jaringan antara kerajaan, akademia, dan industri dalam era ekonomi digital.
- Inovasi & Pembelajaran: Memperkasa program AI, keselamatan siber, dan transformasi digital.
- Perpaduan Nasional: Memupuk semangat patriotisme demi Malaysia yang inklusif dan makmur.
PSCC, yang kini berusia 12 tahun, berazam untuk menjadi organisasi rujukan nasional dan serantau dengan menterjemahkan slogan "Empowering PSCC, Embracing Technology, Envisioning Tomorrow" kepada tindakan yang memberi manfaat nyata kepada ahli dan negara.
Dalam masa yang sama, Barisan Kepimpinan PSCC Sesi 2026-2028 baharu telah dibentuk. Antaranya:
BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN AWAM KOMUNITI CINA MALAYSIA (PSCC), SESI 2026-2028
Presiden:
Dr. Chong Ka Foo
Jabatan Pengangkutan Jalan
Timbalan Presiden:
Puan Kho Lee Yee
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Setiausaha Agung:
Encik Yow Weng Kit
Kementerian Pendidikan Malaysia
Penolong Setiausaha:
Puan Chor Yee Reen
Jabatan Digital Negara
Bendahari:
Tuan Liou Wei Hau
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Exco-Exco:
Dr. Saw Mei Huey
Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Puan Tan Yen Nee
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tuan Insp. Pat Wil Liam
Polis DiRaja Malaysia
Puan ACP (B) Lai Lee Peng
Pesara
Encik Ng Ngai Leong
Kementerian Pendidikan Malaysia
Encik Muhammad Daniel Yee bin Abdullah
Jabatan Pertanian Malaysia
Juruaudit:
Encik Boo Kiang Ming
Kementerian Pendidikan Malaysia
Encik Lee Kin Wai, Joshua
Kementerian Pendidikan Malaysia






















