Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina PSCC 2026 yang berlangsung di Restoran Hee Lai Ton (Pudu), Kuala Lumpur telah berjalan dengan penuh gilang-gemilang!
Majlis ini lebih bermakna dengan kehadiran YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang hadir menyempurnakan majlis ini. Seramai 550 tetamu yang terdiri daripada penjawat awam Cina, syarikat-syarikat penaja, persatuan-persatuan Cina, dan rakan-rakan strategik hadir berkumpul bagi meraikan tradisi serta mengeratkan silaturahim.
Dari acara menggaul ‘Yee Sang’ sehinggalah persembahan kebudayaan yang memukau serta cabutan bertuah, majlis ini adalah simbol keharmonian dan dedikasi penjawat awam dalam membina negara.
Terima kasih kepada semua tetamu kehormat seperti Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Sim Tze Tzin, Penasihat Kanan PSCC, YBhg Dato' Dr Tan Yew Chong, Penasihat Kanan PSCC, YBhg Lim Eng Hock, Ketua Pengarah Perumahan Negara, YBhg. Dr Tan Awang Besar, Penasihat PSCC, Dr. Chong Ka Foo, penaja, dan ahli-ahli jawatankuasa PSCC yang menjayakan majlis ini.