Kunjungan Hormat Jawatankuasa Baharu PSCC kepada Timbalan Menteri Komunikasi di Putrajaya
Ogos 14, 2024
7 OGOS 2024 – Jawatankuasa baharu PSCC telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri, YBrs Tuan Chan Ming Kai di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Kunjungan ini diketuai oleh YBhg Dato’ Lim Eng Hock, Penasihat Kanan PSCC dan ACP Lai Lee Ching, Presiden Baharu PSCC. Turut hadir bersama ialah ahli-ahli jawatankuasa lain seperti Encik Tan Kay Kiang, Encik Yow Weng Kit, Encik Tan Say Peng, Dr Thum Chern Choong dan Tuan Liou Wei Hau. Tujuannya adalah memperkenalkan barisan jawatankuasa baharu PSCC, menerangkan hala tuju baharu PSCC, menukar sumbangsaran bagi pemerkasaan PSCC dan membincangkan program strategik yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan negara melalui PSCC.