Kunjungan Hormat PSCC Ke Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong)
Januari 31, 2026Activity coming soon 2
Mac 8, 2026
7 FEBRUARI, SERDANG - Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Awam Komuniti Cina Malaysa (PSCC) telah menganjurkan lawatan ke Muzium Cina Malaysia, Bangunan Hua Zong.
Seramai 40 ahli-ahli jawatankuasa PSCC seperti Puan Lai Lee Ching, Presiden, Encik Timothy Lee Cheng Kiik, Setiausaha Agong, Dr. Tan Say Peng, Bendahari dan Puan Lai Lee Peng, Exco Perhubungan Masyarakat serta ahli-ahli PSCC telah menyertai lawatan kali ini. Lawatan ini disambut baik oleh ah-ahli jawatankuasa Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong).
Lawatan ini bertujuan memperkayakan ilmu tentang warisan sejarah serta memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli-ahli PSCC dan pertubuhan kebudayaan.
Dalam lawatan ini, semua ahli diberikan taklimat mendalam tentang sejarah penubuhan muzium Cina dan susur galur masyarakat Cina di Malaysia. Semua ahli juga berpeluang melihat pameran artifak di muzim ini.
Lawatan ini diakhiri dengan upacara pertukaran cenderahati sebaga tanda jalinan kerjasama kedua-dua pihak.
Diharapkan lawatan ini dapat memanfaatkan semua ahli PSCC.