Jalinan Strategik Bersama Komuniti: PSCC & Persatuan Fui Chew Teroka Dunia Teknologi
April 8, 2025Kunjungan Hormat PSCC Ke Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong)
Januari 31, 2026
SETIA ALAM, 14 JUN 2025 -
Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Awam Komuniti Cina Malaysia (PSCC) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Badminton PSCC – Piala Dato' Lim Eng Hock 2025 bertempat di Fairy Park, Setia Alam.
Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Selain menggalakkan gaya hidup sihat, pertandingan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli PSCC.
Sebelum pertandingan bermula, peserta turut diberikan pendedahan melalui sesi demonstrasi AED (Automated External Defibrillator) bagi meningkatkan kesedaran keselamatan semasa bersukan.
Sepanjang pertandingan, kesemua pemain telah mempamerkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan persahabatan yang tinggi, sekali gus menjadikan acara ini berjalan dengan lancar dan meriah.