Sesi Perjumpaan dan Pertukaran Pandangan antara PSCC dan IMAIYAM
Ogos 16, 2024PSCC Anjur Bengkel “Crypto Savvy: Mastering Wallet Security & Scam Prevention” di KL Wellness City
September 21, 2024
4 September 2024 – Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Awam Komuniti Cina Malaysia (PSCC) telah menyertai Program Siri Taklimat Untuk Pengambilan Penjawat Awam Serta Pasukan Beruniform dan Penguatkuasa di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan menggalakkan ramai komuniti Cina untuk menyertai sektor kerajaan melalui ceramah agensi-agensi kerajaan terpilih seperti Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pembukaan reruai oleh ahli jawatankuasa PSCC. Antara ahli-ahli jawatankuasa PSCC yang menyertai program ini ialah Encik Tan Kay Kiang dan Tuan Liou Wei Hau.