21 September 2024 - Sesi Temu Bual antara Ahli-Ahli Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Awam Komuniti Cina Malaysia (PSCC) dan China Press telah berlangsung di 16 Sierra, Puchong. Antara ahli-ahli PSCC yang ditemu bual ialah Tuan Liou Wei Hau, Pegawai Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Tuan Ng Choon Eak, Pegawai Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman kerja dan memberi kata-kata motivasi yang dapat menggalakkan orang awam untuk menyertai sektor kerajaan.